Saturday, February 28, 2009

SIFAT-2 TERPUJI

RENUNGAN KITA BERSAMA....

  1. SABAR
  2. SYUKUR
  3. IKHLAS
  4. REDHA
  5. RAJIN
  6. PEMURAH
  7. INGAT MATI
  8. BERTIMBANG RASA
  9. TAUBAT
  10. AMANAH
  11. BRJIMAT CERMAT
  12. PENYAYANG
  13. MENEPATI JANJI
  14. TOLONG MENOLONG
  15. BERTANGGUNGJAWAB

Friday, February 27, 2009

Jangan Silap guna Perkataan Masya'Allah...

From: Suhaida bt. Abdul Jalil
Subject: Jangan Silap guna Perkataan Masya'Allah...
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Sebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah"
dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda forward kankepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!

Wallahulam....!!!

ﻡﻼﺴﯛ

Tazkirah Remaja: Banyak dosa hati keras - dari sahabat

BUAT RENUNGAN BERSAMA....

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.

Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.

Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.

Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.

Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.

Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.

Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.

HIKMAH BERWUDHUK DENGAN NIAT - Zana

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.







~NUR SHAZANA~

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Salam

Forwarded from a friend. Untuk renungan bersama :)

Assalamualaikum,

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada
pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk
kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang
disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email
ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan
mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih
berikut.

Mafhumnya::
Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang
terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu
itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama
membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap
Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya
yang lebih cantik.

Mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang
mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala
(sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari
pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung
dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa
mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan
dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar
dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja
di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat
email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah
memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan
kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam
"emailgroup" tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada
"emailgroup" tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima
daripada rakan yang lain ke "emailgroup". Di antara kandungan email itu
adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di
dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran
mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang
nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas
haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar
lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta
berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut
diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya
seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap
kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga
diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang
lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551
dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang
yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah
seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan
berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber
hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada
Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa
membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah
berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman
nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh
Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah
sempat bertaubat, insya'Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti
meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa
kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut
mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang
lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima
email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi
itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik
sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati,
jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang
muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada
sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi
mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya
bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh
Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah
selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu'alam

BERMIMPI PERANG MENGHARUNGI LAUTAN - e-kampung

DARI Anas bin Malik ra. berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW bertamu ke rumah Ummu Haram binti Malhan (ibu saudara Anas). Ummu Haram menjamu Rasulullah SAW menjelang tengah hari. Selesai makan, Rasulullah tidur sejenak (tidur Qailulah). Tiba-tiba Ra­sulullah SAW terbangun dalam keadaan tertawa. Melihat yang demikian Ummu Haram bertanya: "Mengapa engkau nampak gembira dan tertawa ya Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab: "Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku bahawa mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh."

Ummu Haram binti Malhan berkata: "Doakanlah kepada Allah supaya aku dijadikan-Nya termasuk di dalam kelompok mereka itu." Rasulullah SAW mendoakannya kemudian beliau berbaring lagi dan kemudian tertidur. Tidak lama kemudian Rasulullah SAW bangun lagi dalam keadaan gembira dan tersenyum. Melihat yang demikain Ummu Haram bertanya: "Mengapa engkau nampak gembira dan tersenyum ya Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab: "Satu kelompok dari umatku diperlihatkan kepadaku mereka pergi perang Fisabilillah. Mereka terpaksa mengharungi laut menuju ke tempat musuh."

Mendengar yang demikian Ummu Haram berkata: "Doakanlah kepada Allah supaya aku termasuk dalam kelompok mereka itu." Rasulullah SAW menjawab: "Engkau sudah termasuk dalam kelompok yang pertama tadi."

Mimpi Rasulullah SAW itu menjadi kenyataan. Ummu Hararn binti Malhan ikut berperang dengan mengharungi lautan pada zaman pemerintahan Muawiyah. Dia tergelincir dari kapal kemudian jatuh ke laut dan mati ditempat kejadian.

Intisari Hadith:-

Adapun kesimpulan dan hukum yang diambil dari mimpi atau cerita Rasulullah itu adalah sebagai berikut:

1. Boleh bercita-cita mati syahid. Ummu Haram, sekalipun dia wanita, dia ingin mati syahid. Ketika Rasulullah SAW mengatakan melihat dalam mimpinya satu kelompok dari umatnya pergi berperang melalui jalan laut dan mereka mati syahid di laut itu, maka Ummu Haram meminta Rasulullah supaya mendoakan dirinya termasuk dalam kumpulan itu. Mimpi Rasulullah itu memang benar, doanya makbul, sehingga Ummu Haram akhirnya mati syahid.

2. Dalam agama kita disuruh tidur Qailulah kerana dengan tidur itu akan menguatkan badan kita untuk mengerjakan ibadat pada waktu malam. Tidur Qailulah maksudnya tidur sebentar menjelang masuknya waktu Zuhur. Dalam hadis di atas tadi Rasulullah pun tidur menjelang masuknya waktu Zuhur dan waktu itulah beliau bermimpi melihat umatnya pergi berperang.

3. Hadith itu menerangkan keutamaan mati syahid atau perang Fisabilillah. Rasulullah SAW tertawa setelah bangun tidur tentunya kerana bergembira melihat umatnya yang bakal mendapat mati syahid.

4. Dalam hadith itu Rasulullah SAW menerangkan peristiwa yang akan terjadi, ternyata memang berlaku. Ini menunjukkan bahawa mimpi-mimpi Rasulullah itu benar. Ini adalah salah satu tanda kenabian beliau.

5. Boleh bergembira atau tertawa sekadarnya ketika mendapat kesenangan atau nikmat. Rasulullah SAW bergembira melihat semangat umatnya berjihad, begitu juga melihat ganjaran yang bakal mereka terima.

Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Assalamualaikum wtb…

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.
"


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali
jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini
akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.


Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus
puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1)KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya
kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,
sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang
tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a..s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang
ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan
kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan
melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan
panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".


3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat
Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada"..


"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya
sebagai uat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah uat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia apat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran".



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya : Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat ,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya : Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami
tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam
diri walaupun seorang yg alim dimana solat nya tidak pernah bertangguh,
saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dlm neraka.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya : Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar
melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga
amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya : Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran
mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan
disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.


(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr
melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... "