Saturday, March 28, 2009

Asikin amal baca Quran selepas solat - sinar harian



MELAWI - Johan Pertandingan Hafazan Al-Quran Kategori C anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Dua, Nor Asikin Hamid, 32, berkongsi rahsia kejayaannya.

:Kata Nor Asikin, sikapnya yang sering mengamalkan membaca al-Quran selepas solat :Maghrib dan Isyak setiap malam menyebabkan dia fasih dengan bacaan yang dihayatinya.

:“Dalam pertandingan ini, saya sempat membacakan beberapa surah seperti Ar-Rahman, Al-A’la, Al-Dhuha dan An-Nasyrah dalam masa lima minit sahaja.

:“Berkat kesabaran dan amalan sejak mempelajari al-Quran daripada Al-Marhum Haji Awang Kampung Bilok, Banggu, Kota Bharu semasa tinggal di sana sewaktu kecil, Allah memberi petunjuk kepada saya,” katanya.

Dia berkata, bagi kategori C, dia mewakili peserta mengikut usia 20 hingga 40 tahun dan ibu kepada dua anak itu berjaya dipilih dalam pertandingan yang meliputi empat kategori iaitu kategori A hingga D.:

Dia juga berharap, Muslimat yang berada di kampung agar sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran untuk bekalan hidup dunia dan akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment