Monday, April 20, 2009
Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*� Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh � _
Saturday, March 28, 2009
Asikin amal baca Quran selepas solat - sinar harian
:Kata Nor Asikin, sikapnya yang sering mengamalkan membaca al-Quran selepas solat :Maghrib dan Isyak setiap malam menyebabkan dia fasih dengan bacaan yang dihayatinya.
:“Dalam pertandingan ini, saya sempat membacakan beberapa surah seperti Ar-Rahman, Al-A’la, Al-Dhuha dan An-Nasyrah dalam masa lima minit sahaja.
:“Berkat kesabaran dan amalan sejak mempelajari al-Quran daripada Al-Marhum Haji Awang Kampung Bilok, Banggu, Kota Bharu semasa tinggal di sana sewaktu kecil, Allah memberi petunjuk kepada saya,” katanya.
Dia berkata, bagi kategori C, dia mewakili peserta mengikut usia 20 hingga 40 tahun dan ibu kepada dua anak itu berjaya dipilih dalam pertandingan yang meliputi empat kategori iaitu kategori A hingga D.:
Dia juga berharap, Muslimat yang berada di kampung agar sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran untuk bekalan hidup dunia dan akhirat kelak.
Wednesday, March 11, 2009
Fadhilat surah Yasin
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk di baca ke atas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun sebahagian ulamak hadith telah mempersoalkan sebahagian daripada riwayatnya.)
Thu 12-Mar-2009 - 16 Rabbi al-Awwal 1430 - Daily Hadith
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
| `Amr bin Al-Ahwas Al-Jushami (May Allah be pleased with him) reported that he had heard the Prophet (PBUH) saying on his Farewell Pilgrimage, after praising and glorifying Allah and admonishing people, "Treat women kindly, they are like captives in your hands; you do not owe anything else from them. In case they are guilty of open indecency, then do not share their beds and beat them lightly but if they return to obedience, do not have recourse to anything else against them. You have rights over your wives and they have their rights over you. Your right is that they shall not permit anyone you dislike to enter your home, and their right is that you should treat them well in the matter of food and clothing".[At-Tirmidhi]. Commentary: 1. Here again we find justificat ion for beating one's wife in case of her persistence in default, but it is to be done in the manner prescribed in the Hadith quoted above. 2. It is the responsibility of the wife that during the absence of her husband, besides the guarding of her own chastity, and property of her husband, she should not let in anyone who is not liked by her husband, however closely related that person be to her. 3. It is the responsibility of the husband to provide, according to his means, good food and clothes to his wife. |
50 Langkah Menjadi Suami Mithali
Para isteri pun boleh baca
- Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniatdan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suamiterlupa.
- Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isterianda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. KetentuanTuhan adalah yang terbaik.
- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuksifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalanyang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
- Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suamitersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akanturun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
- Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
- Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yanganda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronokdan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
- Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauanyang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkanhubungan suami isteri.
- Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaansemasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramaisuami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
- Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihatmenasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan danmengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasamakan.
- Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasamandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapatmeringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.
- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalanbermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan danmenyelesaikan banyak masalah.
- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikanPenampilan diri sendiri. Mana adil?
- Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.
- Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita danrumah tangga terancam.
- Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dankemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagiamembentuk keluarga sejahtera.
- Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
- Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secarasengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepadaorang lain. Ini wajib dihentikan.
- Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yangmembeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yangmemusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
- Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayangdan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat sukaapabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
- Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tanggabahagia dan isteri mudah masuk syurga.
- Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isterimerajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabilasuami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
- Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalamrumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluargabagi mendapat hikmah.
- Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalahtertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripadaisterinya. Elakan kesilapan ini.
- Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteriuntuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suamimeninggal dunia.
- Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikutusia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara sertaberteraskan iman dan takwa.
- Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dankeluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turutberubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
- Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidakambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahanyang patut berikan kepada keluarga.
- Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikanmasalah.
- Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelakicuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadapsuami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembanturumah.
- Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. NabiMuhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifatwanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebihdisayangi wanita.
- Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenahahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatifpenyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
- Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cucihati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf,berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baikiamalan dan tindakan.
- Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supayasetiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
- Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hinakeluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
- Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidikkeluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidikdiri dan keluarga.
- Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk danapa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjagahati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
- Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalammenyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberinasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
- Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandaikritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikalisteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasamemuji.
- Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuksenyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelumdisuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
- Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhandengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupune-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
- Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati danpendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaluimesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
- Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yangisteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
- Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pastiisteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin.Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
- Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangandan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik.Kawal macho dengan saksama.
- Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isterimesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkandaripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
- Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkanisteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikutsebarang lintasan dalam hati.
- Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dannasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minumpetang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
- Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajinjuga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabarjuga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
- Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukanriadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyangtaubat dan maafkan semua orang.